Monday, November 6, 2017

Nelayan Vietnam Didakwa Ramas Dada Remaja


KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan warga Vietnam berdepan dakwaan melakukan jenayah seksual dengan mencabul seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, hari ini.


Sponsor by - MLTGA

Tertuduh, Nguyen Phuong Linh didakwa melakukan perbuatan memeluk dan meramas dada remaja itu di hadapan Pejabat Perikanan Chendering, di sini, lebih kurang jam 1.30 pagi, pada 11 Oktober lalu.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.


Sponsor by - MLTGA

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Mohamad Razali di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Azman bagaimanapun menetapkan 19 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan jurubahasa Vietnam.

Sebelum ini, akhbar ada menyiarkan seorang remaja lelaki mendakwa dicabul lelaki warga asing ketika berada di hadapan pejabat di Chendering, di sini.

Suspek bertindak memeluk dan meramas buah dada mangsa sebelum beredar meninggalkan lokasi kejadian.


Sumber : Sinar Harian
Sponsor by - MLTGA

Tuesday, October 24, 2017

Kajian Mendapati Tidur Bogel Boleh Kuruskan Badan - DIET


Setiap wanita impikan tubuh yang langsing seperti supermodel. Sekarang ni ada banyak cara untuk kuruskan badan selain daripada bersenam dan jaga makan .

Menurut penulis buku The Hormone Diet, Dr Natasha Turner, tidur boleh juga boleh kuruskan badan. Boleh percaya ke?? Macam tak logik je?? Baca dulu kenapa tidur bogel boleh kuruskan badan.

Sponsor by : MLTGA

1. MENGELUARKAN HORMON FAT LOSS
Dr Turner mengatakan apabila tidur bogel, badan anda merembeskan hormon fat loss. Hormon tersebut sekali gus menggalakkan penurunan berat badan. Keadaan badan yang tidak berbaju akan membuatkan badan dalam keadaan sejuk di mana sangat bagus untuk rembesan hormon tersebut.

2. KURANGKAN HORMON KOTISOL
Tidur bogel juga akan mengurangkan hormon kortisol yang menyebabkan stres. Sekiranya banyak hormon kortisol dirembeskan ketika tidur, anda akan rasa sangat lapar apabila bangun tidur dan membuatkan anda makan berlebihan.

3. LEBIH AWET MUDA
Tidur bogel juga membuatkan kulit lebih awet muda kerana hormon pertumbuhan akan menjadi lebih aktif. Untuk pasangan yang sudah berkahwin, tidur berbogel mampu menambahkan rasa sayang kerana kulit saling bersentuhan dan akan menjadikan hubungan seks lebih ghairah.

Sponsor by : MLTGA

================================================================

Minyak Lintah Tradisi Gunung Asli - Memang Power!!!

UNTUK : BESAR, KERAS, PANJANG, ANJAL!!!
 

Siti Nurhaliza Kini Bergelar Datuk Seri


PEKAN 24 Okt. - Penyanyi popular negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin kini bergelar Datuk Seri.

Beliau dan tiga selebriti lain antara 101 individu yang menerima darjah kebesaran Pahang sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar hari ini.

Sponsor by : MLTGA

Siti Nurhaliza, 38, yang merupakan anak kelahiran Lipis dianugerahkan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Tiga selebriti lain yang menerima anugerah kebesaran adalah pelakon Datuk Eizlan Yusof atau namanya Datuk Idris Md.Yusof yang turut menerima SSAP.

Sponsor by : MLTGA

Pereka fesyen Jovian Mandagie pula dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang yang membawa gelaran Datuk manakala pelakon Adi Putra pula menerima Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk.


Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyempurnakan istiadat pengurniaan darjah dan pingat di Balairong Seri, Istana Abu Bakar. -

Sumber: Utusan Online

Sponsor by : MLTGA

'Wira' PPIM Yusuf Azmi & Abg Ali Didakwa


PENGARAH Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Muhamad Yusof Azmi dan Ketua Operasi Unit Tindakan Khas PPIM Ali Salimin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang di sini, atas pertuduhan bersubahat melakukan perbuatan khianat dengan memotong kunci pagar dan menceroboh Stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd, Julai lalu.

Kedua-dua mereka tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.

Yusuf, 27, dan Ali, 50, didakwa bersubahat melakukan perbuatan khianat dengan memotong kunci pagar stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd, Lot 1926A, Sungai Sikamat, Jalan Cheras Batu 13, Kajang pada 3.30 petang, 10 Julai lalu.


Sponsor by : MLTGA

Bagi perbuatan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa dengan niat bersama melakukan pencerobohan jenayah di tempat sama, antara 3.30 petang sehingga 7.30 malam, hari sama.


Sponsor by : MLTGA

Bagi perbuatan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Mereka dibebaskan masing-masing dengan jaminan RM5,000 dan mahkamah menetapkan 24 November untuk sebutan semula.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Tharih Afendi.

Sumber : Harian Metro : https://www.hmetro.com.my/utama/2017/10/276226/wira-ppim-didakwa
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Oktober 2017 @ 12:08 PM



Sponsor by : MLTGA

Friday, October 20, 2017

'Mati pun kami tidak takut' - PPIM


'Mati pun kami tidak takut' - PPIM



KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengakui menerima pelbagai ugutan susulan daripada usaha mereka membongkar pusat-pusat judi haram.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menegaskan NGO tersebut tidak takut terhadap sebarang ugutan mahu pun ancaman daripada mana-mana pihak.



Sponsor by : MLTGA

“Kami memanggil sidang media ini untuk memberitahu mereka (sindiket judi haram) bahawa kami tidak takut, habis teruk pun mati dan kami tidak takut,” tegas Nadzim dalam sidang media di sini hari ini.

Pada masa yang sama, PPIM berharap masyarakat akan terus menyokong setiap usaha yang dibuat termasuk pihak berkuasa ke arah membanteras aktiviti judi haram.


“Berdasarkan tinjauan oleh Kementerian Wilayah, dua tahun lalu mencatatkan 600 pusat judi, kini jumlah tersebut sudah meningkat kepada lebih 3,000 pusat judi haram,” ujarnya.


Beliau berharap setiap anggota masyarakat menyalurkan maklumat dan teguh memberi sokongan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke arah melenyapkan pusat-pusat judi haram.


Sumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mati-pun-kami-tidak-takut-ppim-158460


Sponsor by : MLTGA

Penduduk Tanam Padi Di Pangsapuri

Penduduk tanam padi di pangsapuri


AMPANG - Rindu dengan suasana sawah padi di kampung mendorong ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Rumah Pangsa AU2 Taman Keramat bersepakat mengusahakan tanaman padi berskala kecil di kebun komuniti pangsapuri berkenaan.

Pengerusi KRT Rumah Pangsa AU2 Taman Keramat, Mohamad Halim Mohamad Said berkata, ia merupakan salah satu produk tanaman terbaharu yang berjaya dihasilkan penduduk di sini.

“Sebelum ini kita berjaya tanam pelbagai jenis pokok buah, sayur malah pokok herba di kebun komuniti ini,” katanya.

Sponsor by : MLTGA

Mohamad Halim berkata, penduduk juga telah berjaya menuai padi, baru-baru ini.

“Kita dapat hasil dalam tempoh empat atau lima bulan, anggaran berat padi yang dituai itu pula kira-kira dua kilogram,” katanya.

Menurutnya, pengunjung luar yang datang melawat kebun komuniti di sini mungkin berasa pelik kerana tanaman padi ini boleh hidup di kawasan pangsapuri ini.

“Malah ada segelintir generasi muda tak kenal bentuk padi, ada pula yang anggap ia sebagai lalang,” katanya.

Sponsor by : MLTGA

Mohamad Halim berkata, pihaknya juga mahu mendidik golongan muda menghargai kehidupan petani.

“Penduduk perlu mengorek tanah sedalam dua kaki, sebelum ditambah dengan tanah lain untuk permulaan tanaman padi di kawasan ini, kita juga turut melakukan kerja membajak, hampir sebulan untuk wujudkan tapak padi ini,” katanya.

Sumber : SINAR HARIAN 

Dulu Menteri Besar, Sekarang Penternak Kelulut

Dulu Menteri Besar, Sekarang Penternak Kelulut

Datuk Seri Ahmad Said yang juga mantan Menteri Besar Terengganu berkongsi kisah bahawa dirinya tidak kisah bergelumang dengan kotor atau disengat kelulut peliharaannya ketika berkebun.

Ujar ADUN Kijal ini lagi, bertani adalah kaedah terbaik untuk melepaskan tekanan selain mencari kawan baru.


Dalam tempohnya berkhidmat sebagai Menteri Besar dahulu, rumah beliau di Telok Kalong sering menjadi lokasi untuk berkumpul ketika hari perayaan misalnya Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.


 Namun kini setelah tidak lagi aktif di pentas utama politik, beliau perlahan-perlahan menukar rumahnya menjadi 'hutan mini'.



Sponsor by : MLTGA

Setahun lalu, selepas tanamannya mula matang, beliau mula membeli sarang kelulut dan menternak haiwan tersebut bagi mendapatkan madu.


Ujarnya, tindakan beliau menternak kelulut berjaya menarik tumpuan orang ramai. Malah, ternakan kelulutnya menjadi topik bualan penduduk setempat.


''Ini cuma untuk mengisi masa lapang, tetapi ia menarik dan boleh menyihatkan badan. Boleh buat saya lupa hal politik buat sementara waktu, tapi yang paling penting saya dapat ramai kawan dan tunjukkan kepada masyarakat setempat bahawa tidak susah untuk membela kelulut'', kata beliau.


Katanya lagi, madu kelulut mempunyai banyak faedah kepada kesihatan malah ianya antara makanan tambahan yang terbaik untuk penghidap kencing manis dan pelbagai penyakit kronik yang lain.


''Saya buktinya, madu kelulut ini berjaya menurunkan paras gula dalam badan saya ketahap rendah hingga doktor pun terkejut''.


Tambah beliau, mengamalkan madu kelulut membuatkan dirinya lebih bertenaga untuk menghadiri semua aktiviti kemasyarakatan dan tugasnya di Kemaman. Malah beliau turut berkongsi bahawa kelulut tidak berbahaya berbanding lebah madu lain yang lebih agresif, kadang-kadang mampu membunuh.


Beliau kini mempunyai 240 sarang kelulut, kebanyakkan adalah subspesis Geniotrigona thoracica, Trigona terminata dan Heterotrigona itama.


''Setakat ini, kelulut yang ada mampu menghasilkan 20 liter madu setiap dua minggu dan saya bercadang untuk membeli 100 lagi sarang kelulut memandangkan mendapat permintaan yang tinggi dari kawan-kawan dan penduduk setempat'', ujarnya lagi.


Madu kelulutnya dijual dengan harga diantara RM 90 hingga RM 300 sebotol, malah bercadang untuk melabelkan produk madunya dibawah jenama 'DSAS Kelulut' menjelang hujung tahun ini.



Sponsor by : MLTGA

''Tujuan utama saya menternak kelulut bukanlah untuk mencari keuntungan sebaliknya untuk memberi contoh kepada orang ramai bahawa ia mampu memberi pulangan tetap. Perlu ada orang untuk menggerakkannya, dan sekarang saya menjadi contoh kepada orang ramai bagaimana mahu menternak kelulut'' jelasnya.

Beliau turut memberitahu bahawa penduduk setempat yang berminat untuk menceburi bidang ini boleh menggunakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) sebagai modal permulaan dan menubuhkan perkongsian.


''Ia boleh berjaya jika diadakan secara perkongsiaan.


''Kita boleh belajar dari kelulut itu sendiri. Kelulut bekerjasama menghasilkan madu tapi kita boleh bekerjasama untuk menjual madu tersebut,'' terang bekas Menteri besar itu lagi.


Beliau turut percaya bahawa Kemaman suatu hari nanti mampu menjadi pengeluar madu kelulut terbesar di peringkat negeri.


''Baru-baru ini telah dilancarkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan yang memberi tumpuan kepada kaedah pemakejan produk madu di Kemaman, ia boleh meningkatkan keyakinan terhadap industri ini'' tambah beliau.


Sumber : NST



Sponsor by : MLTGA

Popular Posts