Tuesday, October 24, 2017

'Wira' PPIM Yusuf Azmi & Abg Ali Didakwa


PENGARAH Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Muhamad Yusof Azmi dan Ketua Operasi Unit Tindakan Khas PPIM Ali Salimin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang di sini, atas pertuduhan bersubahat melakukan perbuatan khianat dengan memotong kunci pagar dan menceroboh Stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd, Julai lalu.

Kedua-dua mereka tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.

Yusuf, 27, dan Ali, 50, didakwa bersubahat melakukan perbuatan khianat dengan memotong kunci pagar stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd, Lot 1926A, Sungai Sikamat, Jalan Cheras Batu 13, Kajang pada 3.30 petang, 10 Julai lalu.


Sponsor by : MLTGA

Bagi perbuatan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa dengan niat bersama melakukan pencerobohan jenayah di tempat sama, antara 3.30 petang sehingga 7.30 malam, hari sama.


Sponsor by : MLTGA

Bagi perbuatan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Mereka dibebaskan masing-masing dengan jaminan RM5,000 dan mahkamah menetapkan 24 November untuk sebutan semula.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Tharih Afendi.

Sumber : Harian Metro : https://www.hmetro.com.my/utama/2017/10/276226/wira-ppim-didakwa
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Oktober 2017 @ 12:08 PM



Sponsor by : MLTGA

No comments:

Post a Comment

Popular Posts