Tuesday, October 3, 2017

[VIDEO] Eyka Farhana Buat Laporan Polis Dan Harap Individu Yang Memfitnahnya Dengan Video Lucah Beliau Segera Ditahan.

Pelakon Cantik,Eyka Farhana Buat Laporan Polis Dan Harap Individu Yang Memfitnahnya Dengan Video Lucah Beliau Segera Ditahan…



Pelakon Cantik,Eyka Farhana Buat Laporan Polis Dan Harap Individu Yang Memfitnahnya Dengan Video Lucah Beliau Segera Ditahan... | Sehubungan itu, Eyka telah membuat satu laporan polis berhubung penularan video tersebut dan berharap pihak polis akan menahan pihak yang membuat penyebaran tersebut.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Eyka menulis:

Eyka tidak pernah main-main dengan perkara membabitkan maruah. Orang mungkin nampak perkara ini remeh malah ada yang mempersendakan.

Maruah Eyka dan keluarga adalah perkara yang sangat Eyka junjung. Kepada mereka yang menularkan video lucah dan menggunakan nama Eyka, anda kini dalam pemerhatian polis.

Begitu juga kepada netizen yang menghantar mesej mengatakan punya bukti mengatakan wanita dalam video terbabit adalah Eyka. Walaupun anda sudah memadamkan mesej terbabit Eyka sempat screenshot dan menyerahkan kepada pihak polis.

Sponsor by MLTGA

Eyka benar-benar mahu orang yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara terkutuk ini menerima hukuman sewajarnya. Mungkin sebelum ini mereka terlepas tetapi Eyka benar-benar berharap pihak @pdrm_official dapat menahan si pelaku.

Agar ia menjadi pengajaran supaya tidak mengaibkan orang lain terutama wanita sewenang-wenangnya. Disini Eyka menuntut keadilan.

Terdahulu, Eyka meluahkan kekesalannya kerana dikaitkan dengan video lucah tersebut melalui laman Instagramnya.

Melampau dan sangat memalukan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaitkan saya dengan video yang sangat mengaibkan ini.

Saya masih waras dan belum lagi ‘GILA’ untuk membuat perkara terkutuk dan tidak bermaruah seperti ini. Lebih menyedihkan perkara ini ditimbulkan di saat saya dan keluarga masih bersedih dengan pemergian arwah kakak.
.
Saya memberi amaran kepada mereka yang bersikap kurang ajar ini agar menarik kembali video mengaibkan ini dan tidak mengaitkan ia dengqan diri saya.
.
Jika tidak pihak pengurusan saya @mindorder tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dan melaporkannya kepada pihak berkuasa. Terima kasih. @mindorder @efshouters_
.
Menurut sumber boleh dipercayai yang telah menonton video tersebut, ia ternyata bukan Eyka. Jadi Netizen bolehlah menghentikan spekulasi bukan-bukan mengenai Eyka dan mengaitkannya dengan video lucah tersebut.

Eyka baru-baru ini muncul sebagai pelakon utama drama bersiri Zehra iaitu Bahagia Kasihmu, bergandingan dengan Fezrul Khan. 

Sumber artikal oleh – beautifulnara.com


No comments:

Post a Comment

Popular Posts