Friday, October 6, 2017

Rantai Dan Kunci Leher Anak Pada Tong Gas Kerana Geram Ponteng Sekolah, Suami Isteri Ditahan



Sepasang suami isteri di Indera Mahkota, Kuantan ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan kes dera anak mereka yang berumur 10 tahun.

Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, Ketua Polis Daerah Kuantan berkata, perbuatan suami isteri itu diketahui hasil maklumat orang awam dan pemeriksaan yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).



"Bapa kanak-kanak itu berusia 35 tahun adalah anggota tentera bertugas di Kem Batu 10, Jalan Gambang. Hasil siasatan awal mendapati dia mengikat leher anaknya menggunakan rantai dan mengunci pada tong gas sebelum ditinggalkan di ruang dapur rumah.

"Polis cuba memasuki rumah itu melalui pintu depan, namun tidak berjaya kerana dikunci. Mereka kemudian ke bahagian belakang rumah dan ternampak kelibat kanak-kanak memakai seluar tanpa baju, terbaring tidak sedarkan diri," katanya, hari ini.



Katanya, kanak-kanak tersebut masih bersekolah di sebuah sekolah rendah di Indera Mahkota. Pihak polis kemudiannya menghubungi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan berikutan kecederaan pada bahagian leher akibat dirantai.

Menurut laporan, kanak-kanak tersebut diperlakukan sebegitu rupa kerana degil dan ponteng sekolah kelmarin dan bapanya yang gagal menahan marah bertindak diluar batasan bagi menghukum anaknya.



Ujar Abdul Aziz lagi, pasangan suami isteri linkungan 30-an itu disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akat Kanak-kanak (Pindaan) 20016 dan direman selama seminggu.

Sumber : BH Online


No comments:

Post a Comment

Popular Posts