Friday, October 20, 2017

Penduduk Tanam Padi Di Pangsapuri

Penduduk tanam padi di pangsapuri


AMPANG - Rindu dengan suasana sawah padi di kampung mendorong ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Rumah Pangsa AU2 Taman Keramat bersepakat mengusahakan tanaman padi berskala kecil di kebun komuniti pangsapuri berkenaan.

Pengerusi KRT Rumah Pangsa AU2 Taman Keramat, Mohamad Halim Mohamad Said berkata, ia merupakan salah satu produk tanaman terbaharu yang berjaya dihasilkan penduduk di sini.

“Sebelum ini kita berjaya tanam pelbagai jenis pokok buah, sayur malah pokok herba di kebun komuniti ini,” katanya.

Sponsor by : MLTGA

Mohamad Halim berkata, penduduk juga telah berjaya menuai padi, baru-baru ini.

“Kita dapat hasil dalam tempoh empat atau lima bulan, anggaran berat padi yang dituai itu pula kira-kira dua kilogram,” katanya.

Menurutnya, pengunjung luar yang datang melawat kebun komuniti di sini mungkin berasa pelik kerana tanaman padi ini boleh hidup di kawasan pangsapuri ini.

“Malah ada segelintir generasi muda tak kenal bentuk padi, ada pula yang anggap ia sebagai lalang,” katanya.

Sponsor by : MLTGA

Mohamad Halim berkata, pihaknya juga mahu mendidik golongan muda menghargai kehidupan petani.

“Penduduk perlu mengorek tanah sedalam dua kaki, sebelum ditambah dengan tanah lain untuk permulaan tanaman padi di kawasan ini, kita juga turut melakukan kerja membajak, hampir sebulan untuk wujudkan tapak padi ini,” katanya.

Sumber : SINAR HARIAN 

No comments:

Post a Comment

Popular Posts